Daily Calendar

Sunday, 27 March 2011

mengulang kaji perlajaran

        12 mac.Hari itu adalah hari cuti.Aku berehat di rumah bersama keluargaku.Selain itu aku juga dikehendaki mengulang kaji perlajaran.
        Pada malam itu ,sedang aku seronok menonton televisyen ,tiba tiba ibuku memanggil aku.`Nazrin sini belajar'.Aku terus kearah ibuku dan belajar seperti kehendak ibuku.Aku berlajar subjek matematik kerana markah matematik aku rendah.
       Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh tetapi kerja aku masih belum habis.Selalunya itu adalah waktu untuk aku tidur.Tetapi maklumlah,hari itu adalah hari cuti.
       Tepat pukul sepuluh setengah aku berhenti.Soalan dalam buku itu semua telahku jawab.Aku telah penat dan menguap kerana mengantuk.Aku bergegas ke katil lalu tidur.

Saturday, 26 March 2011

kekalahanku

         12 mac.Aku berlajar bersama kawan kawan.Tiba tiba aku terdengar ketukan pintu.Aku membuka pintu.Ia   adalah guru matapelajaran agama islam kelasku.Dia masuk lalu bertanya kepada kami semua`kelas, siapa yang berminat memasuki pertandingan bercerita MTAQ'.Aku mangangkat tangan.Guruku itu memanggil aku kedepan dan memberikan kepadaku teks cerita.
          Pagi, siang,malam aku bertungkus lumus menghafalnya.Ibuku juga menolongku.Akhirnya aku berjaya menghafal cerita itu.
          26 mac.Aku bangun dari tidur.Aku bergegas ke bilik air lalu mandi.Hari itu adalah hari untuk aku bertanding.Ibuku membuatkan sarapan untukku.Abangku menghantar aku terus kesekolah.Aku menunggu guru yang akan menghantarku.Setelah berberapa mnit akhirnya guruku itu sampai lalu dia terus menghantarku
          Setelah sampai ke destinasi yang dituju.Aku mendaftar di kaunter giliran.Aku di kehendaki tunggu sehingga pertandingan bermula.Selang berberapa minit,aku dipanggil oleh guruku.Aku dikehendaki mengikutinya.Dia membawaku ke dewan pertandingan.
          Sekarang tibalah masa untukku menujukkan bakatku.Aku adalah peserta yang ke 11.Aku berusaha sedaya upaya untuk bercerita dengan baik.Setelah tamat kesemua cerita,aku keluar untuk pergi makan di kantin
          11.00 pgi.Aku dikehedaki pergi ke dewan untuk mengambil hadiah didewan.Tetapi malangnya aku mendapat tempat yang ketiga.
          Aku berasa sangat sedih kerana aku tidak pernah kalah dalam pertandingan itu sebelum ini.

blog budak kecik

blog kawan

hari permindahanku

         15 disember hari sedih buatku.Kerana hari itu adalah hari permindahanku.Dari kuala klawang ke simpang durian.
          Aku bangun dari tidur,aku melihat jam menunjukkan pukul sembilan pagi.Ibu,bapa dan abang-abangku sedang mengangkat barang-barang untuk dipindahkan.Aku bangun dan terus berlari kearah ayahku.Aku bertanya`ayah mengapakah ayah dan abang-abang mengangkat barang-barang'.sbernanya hari itu adalah hari permindahanku.
          18 disember.Aku menuju ke rumahku yang baru di simpang durian.Pada malam itu,aku teringat akn kawan-kawanku,Iqqwan,Nadhir,Haziq,Arif,Nazmi,dan ramai lagi.
          3 januari.Hari persekolahanku buat kali yang pertama di sekolah yang baru.Sewaktu berada dialuar pagar sekolah, hatiku berdebar-debar kakiku menggeletar.Aku mengambil nafas panjang dan berjalan terus kedalam.
          Kini bermulalah perjalanan hidupku ditempat yangbaru.
                                                                                                                                          TAMAT                                                                                            

sepatah dua kata

                  Namaku Muhamad Nazrin bin Mohamad Sahari.Aku seorang budak yang berumur 10 tahun.Aku ialah anak malaysia.Aku dari selangor.Tetapi kini aku telah berpindah ke negeri sembilan ,simpang durian.